Assalammualaikum,
Untuk makluman program derma utility ini baru dimulakan oleh pihak Surau Alpinia Bandar Putra untuk memberi peluang kepada penderma yang budiman untuk sama-sama memperoleh pahala bagi bekalan akhirat kita semua.
Program ini juga salah satu cabang derma yang boleh dipilih oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada Pengimarahan Surau Alpinia Bandar Putra ini sepanjang tahun.
Semoga sifat mulia ini diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah kepada tuan/puan sekalian.
Nota :
- Pengiraan adalah berdasarkan purata penggunaan bulanan iaitu RM 450 per month ( tahun 2022 jun- disember)
- Boleh juga menderma secara terus melalui kod JOMPAY yang terdapat didalam gambar.
- Sila layari Facebook ( FB Surau Alpinia) dan Instagram ( Instagram Surau Alpinia ) kami bagi maklumat lanjut.